PENGENALAN SYARIKAT

Sabit Banani Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 6 Mac 2006 dengan permulaan modal berbayar RM500,000.00 sebagai kesinambungan pada perniagaan yang sedia ada memfokus kepada pemasaran dan pemborongan produk ubat-ubatan berasaskan herba serta kosmetik tradisional. Pada masa sekarang modal berbayar syarikat adalah sebanyak RM 1,000,000.00.

Dengan lebih daripada 21 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran dan mempunyai lebih 500 pelanggan sedia ada, Sabit Banani adalah antara salah satu jenama produk yang terkenal  di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia dan yang terbaru di Semenanjung Arab.

Pada Januari 2007, syarikat telah menubuhkan kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP), dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan  Malaysia yang mampu mengeluarkan ubat-ubatan herba tradisional HALAL JAKIM dan di samping itu membantu usahawan-usahawan untuk mendaftararrow-10x10.png produk mereka dengan AGENSI REGULATORI FARMASI NEGARA (NPRA) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui kilang ini.

Kilang Sabit Banani Industries Sdn Bhd dan SB Natural Herbs telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Dengan sokongan dan komitmen yang tidak putus daripada agensi kerajaan, pekerja dan pelanggan serta kewangan yang kukuh Sabit Banani Industries Sdn Bhd lebih berkeyakinan untuk mengeluarkan lebih banyak produk ubat-ubatan herba tradisional, untuk produk sendiri atau secara pengilangan kontrak, serta mampu untuk bersaing di pasaran global.

Sabit Banani Industries Sdn Bhd juga merupakan kilang yang dilengkapi dengan mesin-mesin farmaseutikal bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan kebersihannya adalah terjamin dan dapat mematuhi piawaian Amalan Pengilangan Baik (APB) serta memenuhi kehendak pengguna.

Ia merupakan “one stop solution” atau “1 hentian” dalam pembuatan produk kesihatan kepada pengusaha-pengusaha produk berasaskan herba.

LOKASI

peta_lokasi_2.jpg